suria

Djokovic Mara Ke Separuh Akhir, Raih Kemenangan Ke-20 Berturut-turut

Novak Djokovic.

PEMAIN Serbia Novak Djokovic menewaskan Tomas Berdych 7-6 (3) 7-6 (8) pada aksi suku akhir kejohanan Paris Masters, awal pagi Sabtu.

Ia juga merupakan kemenangan ke-20 berturut-turut buat Djokovic.

Pemain No.1 dunia itu akan bertemu sama ada pemain pilihan keempat, Stan Wawrinka atau juara grand slam 14 kali, Rafael Nadal di pusingan separuh akhir.

Djokovic kini mencatatkan rekod kemenangan 20-2 ke atas Berdych yang tewas dalam 16 pertemuan mereka di gelanggang keras.

Dalam perlawanan berasingan, Andy Murray mara ke separuh akhir buat pertama kalinya selepas menyingkirkan Richard Gasquet 7-6 (7) 3-6 6-3.

Pemain yang menduduki ranking ketiga dunia itu akan menentang David Ferer dari Sepanyol yang menundukkan John Isner 6-3 6-7 (6) 6-2.

Paris Masters, Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain