LUKE SHAW berjaya mengharungi detik 'ngeri' kehidupan sebagai pemain bola sepak apabila dijangka akan kembali mmembantu United sebelum musim ini berakhir. Hal ini kerana, kecederaan patah kaki kanan yang dialami pemain tersebut semakin sembuh dan dia mampu berjalan tanpa bantuan tongkat. Pakar perubatan United mendedahkan, Shaw, 20, akan kembali bersama skuad Louis Van Gaal dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum musim ini tamat. Perkhabaran itu juga merupakan berita baik buat jurulatih England Roy Hodgson untuk memulakan kempen Euro 2016. Shaw yang juga pemain pertahanan kiri United mengalami patah kaki kanan selepas dikasari pemain PSV Eindhoven, Hector Moreno dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.