suria

Terbuka China: Aksi Suku Akhir Chong Wei Petang Jumaat

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal meneruskan aksi pusingan suku akhir bertemu Jan O Jorgensen pada Terbuka China, Jumaat.

Sekiranya Chong Wei berjaya menundukkan pemain pilihan kedua dari Denmark itu, perhitungan lebih sengit dijangka pada aksi separuh akhir selepas ini dengan bertemu seteru lamanya, Lin Dan.

Lin Dan dijangka tidak berdepan dengan masalah untuk mengetepikan pemain Hong Kong, Hu Yun dalam saingan suku akhir hari ini.

Kali terakhir Chong Wei bertemu Lin Dan adalah pada aksi Terbuka Jepun bulan lalu, yang menyaksikan dia tewas 17-21, 10-21.

Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Amelia Alicia-Soong Fie Cho turut turut mara ke saingan suku akhir berdepan dengan pasangan pilihan pertama kejohanan dari Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi.

Kedua-kedua perlawanan melibatkan pemain negara dijangka berlangsung selepas pukul 5 petang.

Terbuka China, Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain