suria

Terbuka China: Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Mara Ke Final

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menundukkan seteru utamanya, Lin Dan 17-21 21-19 21-19 pada saingan separuh akhir Terbuka China di Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, Sabtu.

Bagaimanapun kemenangan Chong Wei itu bukannya mudah selepas tewas pada set pertama  dan bangkit menyamakan kedudukan pada set kedua.

Pusingan penentuan Chong Wei menamatkan perlawanan dengan 21-19 dalam tempoh 1 jam 31 minit.

Kali terakhir kedua-dua pemain ini bertemu ketika aksi Terbuka Jepun September lalu yang menyaksikan Lin Dan menang 17-21, 10-21.

Kemenangan ini juga melakar rekod kemenangan 10-25 Chong wei ke atas Lin Dan.

Pada saingan akhir pada Ahad, Chong Wei bakal berdepan dengan pemain No. 1 dunia Chen Long yang menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11 21-17 sebelum itu.

Chong Wei satu-satunya wakil negara yang masih beraksi pada kejohanan ini selepas pasangan beregu wanita Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho  tewas kepada pilihan utama dari Jepun, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi 21-17, 21-12 pada saingan suku akhir Jumaat.

Terbuka China, Lee Chong Wei

Artikel Lain