suria

Jin Wei Raih Emas Badminton Remaja Dunia

Jin Wei menang pingat emas acara perseorangan wanita.

KUALA LUMPUR: Goh Jin Wei menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying 21-15, 21-16 dalam aksi perseorangan wanita kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru pada Ahad.

Ia adalah kali pertama Malaysia memenangi gelaran juara perseorangan wanita pada kejohanan remaja dunia itu.

"Jin Wei beraksi dengan baik di atas gelanggang dan tidak tertekan.

"Dia mempamerkan corak serangan dan beraksi dengan baik sejak awal permainan. Kami amat berbangga dengannya. Dia adalah pemain yang mempunyai masa depan cerah," kata jurulatih kebangsaan, Rony Agustinus.

Kemenangan pemain berusia 15 tahun itu sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk menjuarai kejohanan tersebut.

Kali terakhir Malaysia memenangi kejohanan tersebut menerusi Zulfadli Zulkifli (perseorangan lelaki) dan Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi (beregu lelaki) di Taiwan pada 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain