PENGARAH Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim mendedahkan jurulatih-jurulatih di negara ini bersikap bodoh sombong dan ego untuk bertukar idea.
Jurulatih-jurulatih tempatan hanya bekerja di dalam negara sahaja, dan apa 'level' bola sepak Malaysia? Dan kerana itulah mereka jangan ego untuk berkongsi pengalaman dengan pakar-pakar yang ada di sini.
Jelasnya, melalui perbincangan seseorang itu boleh belajar. Namun sebaliknya berlaku kerana berfikiran sempit.
Tambahnya, kenapa perlu ada perasaan bongkak dengan kebolehan sendiri.