ANDY Murray terlepas tempat ke separuh akhir ATP World Tour Finals apabila kalah kepada Stan Wawrinka di peringkat kumpulan. Pemain pilihan keempat itu berjaya ke separuh akhir apabila menang 7-6 (7-4) 6-4 untuk menentang Roger Federer pada aksi seterusnya. Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic akan menentang pilihan kelima iaitu Rafael Nadal. Berikutan itu, Murray akan membawa cabaran pertama Great Britain sejak 1978 dalam final Piala Davis di Belgium minggu depan. "Saya tidak tertekan jika tidak berfikir tentang final Piala Davis. "Sejujurnya ia akan membuatkan saya lebih positif sepanjang minggu ini. Saya telah pulih daripada kecederaan dan kini saya ada beberapa hari lagi untuk melakukan persediaan final di Belgium," jelasnya.