MADRID: Tiga penyerang Barcelona, Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez tidak mensia-siakan peluang sepanjang perlawanan menentang Real Sociedad apabila meledak empat gol pada saingan La Liga awal pagi Ahad. Kemenangan 4-0 itu sekali gus membolehkan pasukan itu mempertahankan empat mata untuk berada pada kedudukan selesa. Messi yang memulakan aksi pertamanya dalam lima selepas dua bulan mengalami kecederaan paha mempamer kelincahan untuk gol ke empat Barca pada minit ke-91 permainan. Sebelum itu, Neymar membuka tirai jaringan pada minit ke-22 diikuti Suarez pada minit ke-41. Lima minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, Neymar menjaringkan gol keduanya. "Mereka memastikan setiap seorang memperoleh gol dan kami semua amat gembira," kata Dani Alves kepada stesen penyiaran Canal Plus mengenai rangkaian tiga penyerang Barca itu. Atletico Madrid pula masih berusaha merebut tempat kelayakan automatik ke Eropah dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Espanyol menerusi jaringan Antoine Griezmann. Real Madrid pula tercicir sembilan mata menjelang perlawanan dengan Eibar, hari ini. - AFP