KELAB gergasi Inggeris, Manchester United diundi menentang Midtjylland dari Denmark dalam undian bagi kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa, malam Isnin.
Undian itu ternyata disifatkan sebagai laluan mudah buat United selepas kegagalan menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.
United tersingkir pada aksi Liga Juara-Juara selepas tewas 2-3 kepada Wolfsburg.
Midtjylland mengatasi Southampton 2-1 untuk mara ke kelompok 32 pasukan akhir selepas menduduki tempat kedua Kumpulan D.
Sebuah lagi kelab Inggeris, Tottenham Hotspur sekali lagi mengulangi pertemuan dengan Fiorentina di peringkat sama pada tahun lalu.
Bekas pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp pula akan kembali ke Jerman bersama Liverpool yang akan bertemu Augsburg.
Augsburg dalam Twitternya berterima kasih kerana diundi menentang Liverpool.
Pasukan bimbingan, Gary Neville, Valencia yang memenangi Piala UEFA pada 2004 akan bertemu Rapid Vienna.
Dortmund pula akan melayan kunjungan Porto.
Porto pernah memenangi kejohanan tersebut sebanyak dua kali manakala Dortmund tewas kepada Juventus (1993) dan Feyenoord pada aksi final, 13 tahun lalu.
Berikut adalah keputusan undian penuh Liga Europa:
Valencia lwn Rapid Vienna
Fiorentina lwn Tottenham Hotspur
Borussia Dortmund lwn Porto
Fenerbahce lwn Lokomotiv Moscow
Anderlecht lwn Olympiacos FC
Midtjylland lwn Manchester United
Augsburg lwn Liverpool
Sparta Prague lwn FC Krasnodar
Galatasaray lwn Lazio
FC Sion lwn SC Braga
Shakhtar Donetsk lwn Schalke
Marseille lwn Athletic Bilbao
Sevilla lwn Molde
Sporting lwn Leverkusen
Villarreal lwn Napoli
Saint-Etienne lwn Basel