suria

Kereta Audi Dipandu Rodriguez Dikejar Polis

James Rodriguez.

PEMAIN tengah Real Madrid, James Rodriguez tiba di padang latihan kelab tersebut dengan diekori sebuah kereta polis selepas berlakunya adegan kejar-mengejar antara mereka di lebuh raya.

Media melaporkan Rodriguez yang memandu kereta jenis Audi memasuki perkarangan kompleks latihan manakala pengawal keselamatan menyuruh kereta polis yang mengekorinya supaya berhenti.

Polis memberitahu pengawal keselamatan itu bahawa berlaku adegan kejar-mengejar antara mereka dengan Rodriguez yang memandu secara berbahaya dan laju iaitu 200 kilometer sejam.

Menurut polis, mereka meminta Rodriguez supaya menghentikan kenderaannya tetapi arahan tersebut tidak diendahkan.

Tahap kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya tersebut adalah 120 km sejam.

Rodriguez boleh dikenakan hukuman denda yang berat dan lesen memandunya telah diambil polis, sama seperti yang dialami rakan pasukannya, Karim Benzema pada tahun lalu.

Pemain kebangsaan Colombia itu menjaringkan tiga gol dalam sembilan perlawanan bersama Real musim ini.

James Rodriguez, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain