suria

Ronaldo Enggan Jadi Pengurus, Mahu Hidup Seperti 'Raja'

Cristiano Ronaldo.

PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan beliau tidak berminat untuk memimpin mana-mana kelab selepas menggantung but kelak.

Sebaliknya, beliau memilih untuk menghabiskan sisa hidupnya seperti seorang 'raja'.

"Terdapat kehidupan lain selepas bola sepak.

"Saya fikir, pada mulanya ia akan menjadi sukar (tidak beraksi) tetapi jika anda tanya saya sekarang jika saya mahu menjadi pengurus, saya akan katakan tidak, begitu juga seorang pengurus kelab atau presiden.

"Anda boleh kata anda mempunyai kerja yang bagus, duit, kereta dan rumah... tetapi itu bukan segalanya.

"Sebagai contoh: Pada Sabtu terdapat sukan tinju di Las Vegas dan saya mahu membawa keluarga dan rakan-rakan menontonnya, tetapi saya tidak boleh kerana kekangan masa. Tapi selepas ini (bola sepak) saya mahu hidup seperti seorang raja," katanya.

Pada Februari ini, bintang Real Madrid itu akan meraikan ulang tahun ke-31.

Sudah pastinya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tidak mustahil akan timbul spekulasi mengenai perancangannya selepas bersara.

Bagaimanapun, Ronaldo menegaskan beliau sentiasa tenang dalam menghadapi spekulasi yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya boleh mengharungi tekanan kerana pernah melalui kehidupan sukar sebelum ini," katanya.


Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gol Rooney Legakan Van Gaal

Artikel Lain