DOHA, Qatar: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic memulakan kempen awal musim ini dengan cemerlang apabila menewaskan Dustin Brown dari Jerman, 6-2, 6-2 pada pusingan pertama ATP Qatar pada awal pagi Selasa. ATP Qatar merupakan satu-satu kejohanan yang menyaksikan Djokovic gagal mara ke aksi final berikutan tewas di pusingan suku akhir pada 2015. Pada tahun lalu, Djokovic mencatatkan preatasi terbaik dalam kariernya dengan menjuarai 11 trofi. "Jelas sekali anda tidak pernah tahu bagaimana untuk memulakan aksi pada awal musim dengan cemerlang. "Saya fikir saya menggunakan tempoh rehat dengan baik untuk berlatih dan mengembalikan stamina dan saya fikir ia permulaan yang bagus," kata Djokovic. Pemain Sepanyol, Daniel Munoz De La Nava pula menewaskan rakan senegara, Feliciano Lopez 3-6, 7-6 (4), 7-5. Sementara itu, pemain pilihan ketujuh kejohanan, Jeremy Chardy dari Perancis menundukkan Mubarak Shannan Zayid dari Qatar, 6-1, 6-1.