suria

Tandukan Lukaku Bantu Everton Benam Man.City

Romeo Lukaku.

ROMELO Lukaku menanduk masuk gol kemenangan Everton ketika pasukan itu menundukkan Manchester City 2-1 pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga di Goodison Park, awal pagi Khamis.

Ia merupakan gol ke-19 pemain kebangsaan Belgium itu pada musim ini.

Everton mendahului seawal minit ke-45 menerusi jaringan Funes Mori.

Namun City bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-76 hasil rembatan kencang Jesus Navas.

Dua minit kemudian, Lukaku muncul penyelamat Everton apabila meletakkan Everton kembali di depan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Pengurus Everton, Roberto Martinez menyifatkan Lukaku sebagai penyerang yang sempurna selepas memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah dengan kemenangan.

Lukaku yang dibawa masuk dari Chelsea pada 2014 mempamerkan aksi konsisten pada musim ini.

"Pada pendapat saya, dia sentiasa menjadi penyerang yang sempurna dalam kelab ini.

"Dia masih muda dan mahu menjadi antara yang terhebat di dunia," kata Martinez.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain