suria

Wanita Dedah Kisah Di Sebalik Nama Anaknya, Lanesra

Keratan majalah yang dimuat naik dalam laman sosial, Reddit.

AUSTRALIA: Seorang peminat tegar Arsenal menamakan bayi perempuannya sempena nama pasukan tersebut tetapi berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan isterinya selama dua tahun.

Clare Smith dari Blacktown, kawasan pinggir bandar di barat Sydney menceritakan kisah di sebalik nama anaknya, 'Lanesra' kepada majalah Take 5.

Menurut beliau, suaminya memilih nama 'Lanesra' kerana ia 'unik dan romantik'.

"Kami menamakan anak kami Lanesra kerana ia unik dan romantik. 

"Hanya selepas dia berusia dua tahun, baharu suami saya beritahu ia sebenarnya nama pasukan bola sepak kegemarannya, Arsenal yang dieja secara terbalik," kata Smith dalam surat kepada majalah tersebut.

Keratan majalah tersebut dimuat naik dalam laman sosial, Reddit dan menjadi viral dengan mendapat dua juta tontonan dan ratusan komen.

Tindakan suaminya itu turut mendapat pujian penyokong Arsenal di seluruh dunia dengan kebanyakan mereka memberitahu menyukai nama tersebut.

"Wow hebat! Dia adalah hero terbaharu saya!Lol!.

"Sejujurnya, Lanesra adalah nama yang indah," tulis pengguna di laman media sosial itu.



Lanesra, Arsenal

Artikel Berikut

Hazard Mahu Tinggalkan Chelsea

Artikel Lain