suria

Nadal Bertemu Djokovic Di Final Terbuka Qatar

Aksi pemain Serbia, Novak Djokovic dalam perlawanan separuh akhir menentang Tomas Berdych, awal pagi Sabtu.
PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic bakal bertemu bintang Sepanyol, Rafael Nadal untuk kali ke-47 setelah kedua-duanya menang ke atas lawan masing-masing dan menempah tiket ke final Terbuka Qatar 2016.

Djokovic mara dengan menundukkan Tomas Berdych pada saingan semi final, awal pagi Sabtu dengan mata 6-3, 7-6 (7/3).


Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, Nadal terlebih dahulu menempah tiket ke final apabila menang mudah 6-3, 6-4 ke atas pemain Ukraine, Illya Marchenko.

“Saya rasa pertandingan esok sangat penting. Kita lihat apa yang akan terjadi. Itu adalah saingan final di mana anda berjuang untuk mendapatkan trofi,” kata Djokovic kepada Yahoo Sport sebaik sahaja menamatkan perlawanan.

“Selain itu, mengetahui bahawa lawan yang akan dihadapi di hadapan jaring adalah seseorang yang sering anda jumpa sepanjang karier membuatkan saingan ini bertambah penting,” tambahnya.

Sementara itu, Rafael Nadal menunjukkan persembahan berkesan ketika menundukkan Marchenko.

“Kembali ke perlawanan final menimbulkan perasaaan yang luar biasa,” kata Nadal.

“Tentu saja ini penting untuk saya percayakan diri sendiri. Ini membuktikan apa yang terjadi di akhir musim 2015 memang sesuatu yang realistik dan di awal musim 2016 saya masih bermain dengan baik. Saya berjaya memenangi empat perlawanan di sini dan melangkah ke final,” katanya.
Terbuka Qatar, final, Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Lain