suria

Saya Bukan Alex Ferguson - Louis Van Gaal

LOUIS Van Gaal berkeras dengan keputusannya untuk tidak ke tepi padang bagi memberi arahan kepada pemain sambil menegaskan dia bukan Alex Ferguson.

Pengendali Manchester United itu dicemuh penyokong apabila hanya memeluk tubuh dan tidak memberi arahan kepada pemain walaupun keadaan di atas padang kelihatan hambar.

Berbeza dengan Ferguson, legenda United itu sentiasa berada di tepi padang untuk memberi arahan, memarahi pemain selain terkenal dengan sikap yang suka memaki pegawai dan pemain kelab berkenaan.

Ferguson yang dianggap pemain ke-12 turut dapat mengubah keputusan di akhir masa perlawanan dan ia terbukti dalam beberapa perlawanan penting ketika di bawah kendaliannya.

Van Gaal mendakwa, dia enggan memberi arahkan taktikal di tepi padang kerana pemain kelab itu tidak akan mendengar arahan tersebut.

Ketika ditanya adakah dia akan ke tepi padang dalam perlawanan bertemu Newcastle, jawabnya," tidak, saya bukan Alex Ferguson seperti yang kamu tahu.

"Setaip individu ada perbezaan dan saya tidak percaya dengan arahan di tepi padang. Saya lebih yakin dengan persediaan sepanjang minggu, dalam sesi latihan dan tahu pemain mana yang mampu memberikan persembahan terbaik," jelasnya.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain