ASTON Villa akhirnya meraih kemenangan keduanya musim ini selepas mengalahkan Crystal Palace 1-0 pada Liga Perdana Inggeris di Stadium Villa Park, Birmingham, awal pagi Rabu. Namun, tambahan tiga mata itu belum cukup untuk mengangkat posisi Aston Villa dari tempat tercorot liga dengan 11 mata hasil daripada dua kemenangan dan lima kali seri. Bagi Crystal Palace, walaupun kalah, ia masih bertahan di tempat ketujuh dengan 31 mata. Gol kemenangan Aston Villa diperolehi menerusi tandukan Joleon Lescott pada minit ke-58. Susunan pemain: Aston Villa (4-3-3): Bunn; Bacuna, Okore, Lescott, Cissokho; Vertout, Westwood, Gueye; Carles Gil (Ciaran Clark), Ayew, Kozak. Crystal Palace (4-3-3): Hennessey; Ward, Dann, Delaney, Souare; Ledley, Cabaye, McArthur (Mile Jedinak); Puncheon, Zaha, Sako (Marouane Chamakh).