Nicol yang kini berada pada ranking ketiga dunia, yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa hanya 26 minit.
Nicol boleh merampas kembali kedudukan pemain nombor satu dunia, yang kini dipegang oleh Laura Massaro dari England, jika menjuarai kejohanan itu.
Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Nicol bermula cemerlang apabila menewaskan Victoria Lust dari England 11-2, 11-3 dan 11-2 pada pusingan pertama, diikuti menang ke atas Annie Au dari Hong Kong 11-2, 11-5 dan 11-7 pada pusingan kedua.
Pada final kejohanan itu, El Sherbini dijadualkan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat.