suria

Nadal Sedia Ubah Rekod Buruk Di Melbourne Park

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui dirinya berada dalam keadaan cergas dan gembira untuk memulakan saingan musim ini di Australia.

Sesetengah pihak menganggap Nadal tidak mempunyai tuah di Melbourne Park memandangkan sentiasa dibelenggu kecederaan sebaik sahaja tiba di situ selepas kali pertama menjulang trofi ini pada tahun 2009.

Nadal terpaksa menarik diri untuk mempertahankan gelarannya selepas mengalami masalah kecederaan lutut ketika menentang Andy Murray (2010), tewas pada aksi separuh akhir kepada rakan senegaranya, David Ferrer (2011) kerana kecederaan di paha dan tahun berikut tewas kepada Stan Wawrinka di pentas akhir.

Pada tahun 2013, Nadal mengalami masalah perut yang memaksa dia sekali lagi menarik diri, diikuti kecederaan pergelangan tangan (2014) dan tahun lalu mengalami masalah apendisitis yang menyebabkan dia tewas straigh set kepada Tomas Berdych dalam saingan suku akhir.

"Saya sudah menjalani 'latihan' yang baik di sini. Perasaan kali ini lebih tenang dan gembira.

"Saya telah membuat persediaan rapi dan akan cuba yang terbaik kali ini," jelasnya ringkas.

Nadal,29, bakal berdepan dengan rakan senegara, Fernando Verdasco pada aksi pusingan pertama yang akan bermula pada 18 Januari ini.

Rafael Nadal, Sepanyol

Artikel Lain