TOTTENHAM Hotspur kembali menemui rentak bagi persaingan merebut kedudukan terbaik liga selepas menang 4-1 di Stadium White Hart Land ke atas Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam. Pasukan lawan membukan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-40 menerusi Patrick van Aanholt. Tersentak dengan gol Sunderland itu, Spurs tidak mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan apabila Christian Eriksen berjaya membolosi gawang lawan dua minit selepas itu. Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Spurs tidak mensia-sia peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua permainan menerusi Mousa Dembele pada minit ke-60. Eriksen sekali lagi menjaringkan gol minit ke-67 sekaligus memberi tekanan kepada lawan yang ternyata gagal menyekat serangan Spurs. Manakala Harry Kane memastikan Spurs menang bergaya dengan gol keempatnya menerusi sepakan penalti pada minit ke-79. Harapan Sunderland untuk mengutip mata musnah sekaligus terpaksa mencari ramuan lain untuk menyelamatkan mereka yang kini berada di kedudukan zon penyingkiran dengan 19 mata. Manakala Spurs kini menghuni di tangga keempat liga dengan kekurangan enam mata (37) daripada pendahulu liga, Arsenal.