SWANSEA City yang bergelut dengan prestasi hambar dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini melantik Francesco Guidolin sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu. Guidolin akan memimpin Swansea sehingga hujung kempen musim ini. Swansea memecat bekas pengurus pasukan itu, Garry Monk pada Disember lalu selepas kelab tersebut hanya memenangi satu daripada 11 perlawanan liga. Tugas pertama Guidolin adalah ketika Swansea bertemu Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Ahad ini. Kelab tersebut melantik Alan Curtis sebagai pengurus sementara sebelum Swansea mengumumkan beliau akan kekal sehingga hujung musim ini. Namun, Curtis akan bekerjasama di samping Guidolin. "Kami amat mengalu-alukan pelantikan itu. Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam bola sepak merupakan aset berharga kepada pasukan," kata Pengerusi Swansea, Huw Jenkins dalam satu kenyataan pasukan itu. Guidolin, 60, mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam bidang kejurulatihan dan pernah mengemudi Palermo, Bologna, Genoa dan Monaco. Tugas pertama Guidolin adalah ketika Swansea bertemu Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Ahad ini. Tugas pertama Guidolin adalah ketika Swansea bertemu Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Ahad ini.