PEMAIN Perancis, Benoit Paire menghentak raket tenisnya ke gelanggang selepas tewas kepada pemain muda yang berada di ranking ke-328 dunia, Noah Rubin pada aksi pusingan pertama Terbuka Australia, Isnin malam. Rubin yang merangkul juara Wimbledon remaja 2014 berjaya mempamerkan pukulan sempurna sekaligus menyebabkan Paire mula hilang sabar. Malah pemain berusia 26 tahun itu membaling raket selepas servis pertamanya terkandas di jaring. "Tidak ada apa yang boleh dikatakan kecuali ia satu malapetaka. "Dia bukan pemain yang bagus, tetapi saya bermain lebih teruk hari ini," jelasnya yang kecewa dengan permainan sendiri.