ARSENAL gagal manfaatkan peluang mencatat kemenangan ke atas Chelsea apabila tewas 1-0 di Stadium Emirates lewat Ahad malam. Kekalahan tersebut sekaligus menyaksikan skuad Arsene Wenger terlepas peluang untuk kembali meraih kedudukan teratas liga apabila hanya beraksi dengan 10 pemain sebelas minit ke-18 permainan. Pemain pertahanannya, Per Mertesacker dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan ke atas penyerang Chelsea, Diego Costa yang menjadi penjaring tunggal pada perlawanan tersebut. Selain itu, kemenangan tipis Chelsea ini juga menyaksikan rekod tanpa kalah Guus Hiddink semenjak mengambil alih tugas daripada Jose Mourinho yang dipecat bulan lalu. Chelsea mara ke tangga ke-13 liga manakala Arsenal berada di kedudukan ketiga di belakang Manchester City dan pendahulu, Leicester City yang kelebihan tiga mata (47).