LOUIS Van Gaal dilapor tidak akan menamatkan kontraknya selama tiga tahun bersama Manchester United apabila sedang mencari rumah baru di Cheshire. Masa depan Van Gaal di Old Rafford semakin malap apabila pasukan itu berada dalam keadaan tertekan untuk menentang Derby County dalam pusingan keempat Piala FA. Selain itu, penyokong turut memaksa Van Gaal meletak jawatan berikutan rentak permainan yang membosankan dan kekalahan yang dialami. Bagaimanapun jurulatih kelahiran Belanda tersebut masih selamat daripada dipecat oleh kelab kerana mendapat sokongan daripada Ketua Eksekutif, Ed Woodward. Kediaman Van Gaal yang disewa sebelum ini telah tamat kontrak dan perkara itu memaksa dia mendapatkan rumah baru. Kontrak bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu bersama United akan tamat pada 2017. Van Gaal sebelum ini pernah berkata bahawa dia akan bersara sebagai jurulatih selepas membimbing United.