suria

Piala Sumbangsih Milik JDT

PETALING JAYA: Juala Liga Super musim lalu, Johor Darul Tazim (JDT) menjulang trofi Piala Sumbangsih 2016 selepas menewaskan Selangor 7-6 menerusi penentuan penalti di Stadium Larkin, Johor Baru malam Sabtu.

Pemain tengah S Kunalan muncul wira terakhir pasukan tuan rumah apabila menghadiahkan penalti kemenangan selepas percubaan pemain pertahanan Selangor  Mohd. Azrif Nasrulhaq gagal menerjah gawang.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Namun perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti dan kejuaraan dapat ditentukan pada sepakan penalti kesembilan.


Penjaring:

JDT - Hariss Harun (minit ke-44)

Selangor - Mohd Hafiz Kamal (minit ke-60)


Pemain:

JDT: Farizal Marlias, Muhammad Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli (Mohd Nazrin Nawi), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Marcos Antonio, S. Kunanlan, Safiq Rahim (ketua pasukan), Hariss Harun, Mohd Azinee Taib (Azammuddin Akil), Jorge Pereyra Diaz, Juan Martin Lucero (Mohd Amirulhadi Zainal).


SELANGOR: Norazlan Razali, Robert Cornthwaithe (Mohd Razman Roslan), Muhammad Shahrom Kalam (ketua pasukan), Andik Vermansah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor (S. Veenod), Mohd Raimi Mohd Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Hafiz Kamal, Ahmad Hazwan Bakri, Patrick Ronaldinho Wleh, Mauro Andres Olivi.


Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar

Piala Sumbangsih

Artikel Lain