KAPTEN Manchester United Wayne Rooney terpaksa diketepikan ketika menentang FC Midtjyland pada aksi Liga Europa, awal pagi Khamis akibat kecederaan ligamen lutut. Rooney berkemungkinan besar mungkin direhatkan selama dua bulan. Penyerang kebangsaan England itu tidak bersama rakan pasukannya berlepas ke Denmark untuk aksi perlawanan kelompok 32 pasukan terakhir itu. Pengurus United, Louis Van Gaal menjelaskan ketidakhadiran Rooney semasa sidang media diadakan. Sky Sports mendakwa Rooney mungkin diketepikan selama enam minggu. Namun Van Gaal berkata beliau masih belum pasti tempoh sebenar Rooney akan pulih daripada kecederaannya itu. Jika Rooney direhatkan selama dua bulan, dia akan terlepas 11 perlawanan bersama United dan dua aksi antarabangsa dengan England. Tempoh kecederaan yang lama itu ternyata akan memberi tamparan hebat kepada Van Gaal dan United yang masih bergelut untuk mencari mata kemenangan.