suria

Pecat Van Gaal Sekarang!

PEMILIK Manchester United iaitu keluarga Glazers dan Ketua Eksekutifnya, Ed Woodward tidak boleh menunggu lebih lama untuk memecat Louis Van Gaal selepas kelab berkenaan tewas 1-2 kepada Midtjylland dalam saingan Liga Europa pagi Jumaat.

Ini kerana, kredibiliti Van Gaal tidak lagi dihormati oleh pemain atau penyokong dari seluruh dunia.

Malah United kini menjadi bahan ketawa apabila tewas kepada kelab Denmark yang hanya ditubuhkan pada 1999, sedangkan Man United adalah sebuah kelab yang digeruni.

Kekalahan itu juga dianggap penghinaan terhadap United yang pernah menewaskan Real Madrid, Barcelona dan Juventus sebelum ini, lapor Manchester Evening News.

Berikutan itu, pemilik United disarankan untuk memecat Van Gaal serta-merta tanpa membuang lebih banyak masa dan menjadikan kelab itu lebih hina.

Rekod juga menunjukkan Van Gaal lebih teruk daripada David Moyes yang pernah membimbing United tidak sampai satu musim.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka Rio

Artikel Lain