suria

F1: Williams Perkenal Jentera Baharu FW38

PASUKAN Williams memperkenalkan jentera baharu FW38 menjelang saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Jentera baharu itu dijangka bakal memberi saingan sengit lebih-lebih lagi kepada dua pasukan utama, Mercedes dan Ferrari.

Jentera FW38 membuat penampilan sulung pada sesi ujian pra musim di Barcelona pada Isnin dengan menyaksikan sentuhan warna biru, merah dan garisan putih yang sudah sinonim dengan pasukan ini sejak dua musim lalu.

"Kami amat positif untuk mengharungi musim 2016  bersama Felipe dan Valtteri yang mempamerkan aksi baik sebelum ini.

"Mereka bekerjasama antara satu lain malah menunjukkan pecutan konsisten sejak bersama kami,"ujar Sir Frank Williams mengenai pasukannya.

F1, Williams

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA, Jumaat

Artikel Berikut

Artikel Lain