suria

Zaidatul Husniah Pecah Rekod 60m Di Qatar

Kuala Lumpur: Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli melakarkan kejayaan bermakna apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 60m Kejohanan Tertutup Dalam Dewan Asia yang berlangsung di Qatar, Jumaat.

Husniah merekodkan 7.61 saat bagi memadamkan rekod lama milik Norjannah Hafiszah Jamaluddin 7.90s ketika Kejohanan Dunia di Doha Qatar pada Mac 2010.

Beberapa laporan memetik pelari kelahiran Pulau Pinang berusia 23 tahun itu berkata, dia tidak menjangka berjaya mencipta rekod baharu pada pusingan pertama saringan kedua.

“Sebenarnya saya cuma sasarkan untuk cuba melakukan catatan masa terbaik. Tapi larian saya pada saringan itu agak bagus dan dapat memecahkan rekod kebangsaan,” katanya.

Bagaimanapun peluang Husniah mendapatkan pingat dilihat  sukar apabila atlet China lebih menguasai larian.

Yuan Qiqi yang merekodkan 7.39s pada saringan kedua menjadi pilihan untuk membawa pulang emas dengan Diana Agliulina dari Uzbekistan dijangka turut memberi cabaran.

Zaidatul Husniah Zulkifli, Qatar

Artikel Sebelum

Jadual Piala FA,Sabtu

Artikel Lain