suria

Nike Gantung Kontrak Tajaan Ke Atas Maria Sharapova

PENAJA sukan gergasi dunia, Nike tidak membekukan penajaannya ke atas Maria Sharapova selepas pemain itu disahkan gagal dalam ujian doping.

Pada Isnin, bintang Rusia itu membuat pengakuan mengenai kegagalan ujian doping pada Terbuka Australia Januari lalu dengan positif Meldonium.

Selepas beberapa jam berita itu tersebar, Nike mengumumkan bahawa pihaknya telah membekukan kerjasama dengan juara lima kali Grand Slam itu.

Sharapova mengikat kontrak selama lapan tahun bersama Nike pada tahun 2010 dengan nilai lebih kurang $70 juta (RM287 juta) yang menyaksikan ianya kontrak termahal diberikan kepada atlet wanita.




"Kami amat sedih dan terkejut dengan berita mengenai Maria Sharapova, " jelas satu kenyataan syarikat tersebut.

"Kami mengambil keputusan menggantungkan kerjasama dengan Maria sementara siasatan berjalan. Kami akan memantau perkembangan situasi ini."

Maria Sharapova, Nike

Artikel Berikut

Artikel Lain