PENGULAS legenda Formula Satu (F1) Murray Walker kembali bersiaran pada usia 92 tahun. Walker yang bersara pada tahun 2005 bakal berkongsi temubual-temubual dengan pelumba atau pasukan dengan lebih dekat lagi apabila rangkaian Channel 4 mengambil alih siaran Formula 1. "Seseorang baru menanyakan kepada saya mengenai perasaan apabila kembali daripada persaraan dan jawapan saya adalah 'saya tidak pernah berjauhan'. Saya telah menyelesaikan beberapa perkara untuk BBC. "Tetapi secara jujurnya, saya berbesar hati untuk kembali tetapi sedar Channel 4 akan menyediakan tayangan perlumbaan Formula Satu secara pecuma dan paling penting kerana ia akan menarik jumlah penonton yang ramai. "Saya akan menyediakan laporan khas seperti temubual dengan pelumba-pelumba seperti Jenson Button dan lain-lain lagi. "Tetapi saya sebolehnya tidak mahu membuat ulasan kerana saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap terlalu terperinci". Steve Jones dan David Coulthard merupakan hos utama.