suria

"Seronok Tapi Tak Lama" - Farhan Roslan

KEGHAIRAHAN pemain muda Kedah, Farhan Roslan untuk menjadi penyelamat skuad Helang Merah ketika bertemu Sarawak dalam saingan Liga Super Sabtu lalu tidak menjadi kenyataan apabila pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir permainan.

Pemain berusia 20 tahun itu dimasukkan sebagai pemain simpanan sebelum menjaringkan tunggal Kedah hasil bantuan seorang lagi penyerang muda, Muhammad Syafiq Ahmad.

Bagaimanapun Sarawak yang turun sebagai tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 seminit sebelum perlawanan ditamatkan

Minit 84: Gol Kedah dari Farhan Roslan.

Posted by The Red Eagle - Helang Merah on Saturday, March 12, 2016

"Saya jangka kami akan menang selepas mendapat gol itu, tapi ia tak menjadi kenyataan, Sarawak menjaringkan gol seminit sebelum perlawanan tamat.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana telah diberi kepercayaan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mendapatkan jaringan untuk Kedah.

"Menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain simpanan adalah satu kejayaan bagi saya kerana dapat membantu pasukan kita.

"Gol ini juga telah memberi keyakinan kepada saya untuk terus memburu gol dalam perlawanan akan datang dengan dibantu rakan sepasukan yang mempunyai lebih banyak pengalaman," katanya kepada mStar Online.

Farhan memberitahu, dia tidak pernah kecewa kerana sering memanaskan bangku simpanan tetapi sentiasa bersedia memberikan aksi terbaik.

"Jadi pemain simpanan sebenarnya ada kelebihan tersendiri kerana kita dapat menilai permainan pasukan lawan sebelum 'mencuri' ruang terhadap kesilapan yang dilakukan mereka.

"Untuk pemain seperti saya, banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum dapat mencabar kedudukan dalam kesebelasan utama.

 
Kedah, Helang Merah

Artikel Lain