POLIS Auckland tidak akan membuat siasatan terhadap juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton yang dilapor menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal pada Selasa. Polis berkata, siasatan kes itu digugurkan kerana tidak mempunyai bukti kukuh berkaitan penggunaan telefon bimbit ketika menunggang motosikal. Pada Selasa, Hamilton menunjukkan videonya yang sedang menunggang Harley Davidson di laman sosial Snapchat. Jelas polis, Hamilton,31, mungkin mempunyai peranti 'hands-free' yang dibenarkan.