suria

Piala FA: Ahmad Bashah Yakin KFA Mampu Ke Peringkat Akhir

Pemain Kedah, Liridon Krasniqi (kiri) mengawal bola sambil diasak pemain Sabah pada perlawanan suku akhir Piala FA antara Kedah menentang Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat.Foto: Bernama

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin skuad Helang Merah mampu melangkah keperingkat akhir piala FA, berbekalkan semangat dan persiapan dilakukan bekas juara Liga Perdana Musim lalu itu.    

Ahmad Bashah berkata untuk itu, beliau meminta pemain semua pemain agar memberi fokus dan komitmen yang tinggi dalam perlawanan seterusnya bagi melayakan diri ke peringkat akhir.   

"Saya tidak menyasarkan jumlah gol untuk perlawanan seterusnya tetapi sudah semestinya kita mahukan kemenangan jadi penyokong perlu sama-sama memberi sokongan padu kepada pemain," katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaaan Malaysia (PESAKA) ke-16, Sabtu.      

Kedah seri 1-1 menentang Sabah dalam aksi timbal balik di Stadium Darul Aman Jumaat malam, namun mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.      

Penyerang import dari Brazil, Carlos Eduardo meletakkan skuad Helang Merah di hadapan pada minit ke-22 setelah menyempurnakan sepakan penalti, sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi Ummareng Bacok yang menanduk masuk bola hantaran Dedi Kusnandar. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain