LEWIS Hamilton menempah petak pertama pada perlumbaan Grand Prix Bahrain selepas mencatat masa terpantas pusingan kelayakan di Litar Sakhir lewat Sabtu malam.
Pelumba Mercedes itu merakam masa 1:29.493 saat mengatasi rakan sepasukannya Nico Rosberg yang berada di barisan kedua.
Manakala dua pelumba Ferrari, Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen yang hanya setengah saat perlahanan daripada pasukan Mercedes berada di tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, catatan terpantas yang dibuat oleh juara bertahan dunia itu meletakkan Hamilton pelumba paling banyak meraih petak pertama secara keseluruhan (51 kali) selepas Michael Schumacher (68) dan Ayrton Senna (65).
Keputusan penuh perlumbaan kelayakan di Litar Sakhir:
1. Lewis Hamilton 1'29.493
2.Nico Rosberg +00.077
3.Sebastian Vettel +00.519
4.Kimi Räikkönen +00.751
5.Daniel Ricciardo +01.361
6.Valtteri Bottas +01.660
7.Felipe Massa10 +01.662
8.Nico Hülkenberg +02.127
9.Romain Grosjean +02.263
10.Max Verstappen +02.279
11.Carlos SainzJr +02.323
12.Stoffel Vandoorne +02.441
13.Esteban Gutiérrez +02.452
14.Jenson Button +02.505
15.Daniil Kvyat +02.748
16.Pascal Wehrlein +03.313
17.Marcus Ericsson +03.347
18.Sergio Pérez +03.418
19.Kevin Magnussen +03.688
20.Jolyon Palmer +03.945
21.Rio Haryanto +04.697
22.Felipe Nasr +04.895