MANCHESTER United tewas kepada Tottenham 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London, awal pagi Isnin. Tiga gol kemenangan pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Dele Alli pada minit ke-70, Toby Alderweireld (74') dan Erik Lamela (76'). Prestasi Tottenham agak luar biasa apabila ketiga-tiga gol berkenaan hanya dicatatkan dalam tempoh enam minit. Kemenangan Tottenham merapatkan jurangnya dengan Leicester City yang kini berada pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Tottenham memperoleh 65 mata, manakala Leicester City dengan 72 mata. Bagi Manchester United, pasukan itu masih berada di kedudukan kelima dengan 53 mata. Ia tertinggal empat mata bagi menyamai kedudukan dengan Manchester City di tangga keempat.