suria

Josiah Ng Tegur Neziten Kecoh Hadiah 'Ciput'

Paparan skrin Facebook Josiah Ng.

PETALING JAYA: Laman sosial hari ini kecoh apabil netizen mempertikaikan hadiah wang tunai yang diberikan kepada pemenang Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun yang diadakan baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa gambar yang menjadi viral sejak petang Rabu, rata-rata netizen melahirkan reaksi negatif terhadap penganjur apabila menawarkan wang tunai RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga tiga pada kejohanan yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor pada Sabtu lalu.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila hadiah itu disampaikan dalam bentuk replika cek oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Seorang pengguna Facebook, Lokman Muhammad menulis: "Berapakah harga membuat mock cheque?".

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook, Irzad Nalzarin berkata, hadiah berkenaan terlalu rendah dalam suasana sekarang.

"Masalahnya sekarang kenapa hadiah tu teramat sikit sangat...kalau minimum RM100 masih boleh diterima akal," katanya.

Kritikan negatif pengguna media sosial itu bagaimanapun mendapat perhatian bekas pelumba kebangsaan, Josiah Ng.

Tegur Josiah, wang tidak seharusnya menjadi keutamaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan.

"Dulu ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang.

"Wang masuk ke dalam poket kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya menjadi seorang juara.

"Saya hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada wang.

"Apabila anda menjadi juara nanti, wang akan datang. Fokus, berlatih dengan keras dan menang," kata Josiah.

Sementara itu, penganjur JCM berkata, pihaknya lebih mengutamakan sasaran untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda serta mencukil bakat baharu dalm sukan berbasikal.

"Kami mengakui bahawa nilai hadiah wang kemenangan pada kali ini tidak sebesar acara perlumbaan lain yang melibatkan golongan elit sukan.

"Namun demikian, kami di JCM ingin memastikan kemampanan dan kelangsungan program ini pada masa hadapan lebih daripada segala-galanya.

"Kami juga beraspirasi untuk mengasah bakat muda yang kita ada sekarang bagi menyediakan mereka ke kejohanan-kejohanan yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.

Khairy Jamaluddin, Josiah Ng, JCM

Artikel Sebelum

KJ Sahut Cabaran Debat TMJ

Artikel Lain