BINTANG Barcelona, Neymar mahu gajinya dinaikkan lima kali ganda dalam kontrak baharunya, dan permintaannya itu khabarnya dipenuhi Barca. Media Amerika Syarikat (AS) mendakwa pemain dari Brazil itu mendapat bayaran sehingga 45 juta euro setahun, naik lima kali ganda dari gajinya sebelum ini yang hanya berjumlah 9 juta euro setahun. Cakap-cakap mengenai kontrak baharu Neymar itu sudah tersebar sejak awal minggu ini. Namun, pengesahan mengenai kontrak baharu itu hanya akan dibuat pada Julai. Malah, turut dikhabarkan, gara-gara memenuhi permintaan Neymar itu, Presiden Barca Jose Maria Bartomeu telah menaikkan harga penajaan pakaian, dengan memperbaharui kontrak kelab itu dengan Nike dan juga hak nama stadium Camp Nou. Persoalan timbul jika permintaan Neymar dipenuhi, bagaimana pula dengan dua bintang lain iaitu Lionel Messi dan Luis Suarez jika mereka juga mahu gaji dinaikkan berlipat kali ganda.