suria

Man City Cipta Sejarah Layak Ke Separuh Akhir UCL

KEVIN de Bruyne melakar sejarah baharu buat Manchester City selepas memastikan kelab itu layak buat pertama kali ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Paris Saint-Germian (PSG) 1-0 awal pagi Rabu.

Jaringan pada minit ke-76 menjadikan City menang dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan pertama suku akhir sebelum ini.

Sepakan de Bruyne yang berjaya melepasi pertahanan lawan itu turut menjadikan pembeliannya pada harga £54 juta sebagai berbaloi.

Bruyne yang merupakan bekas pemain Chelsea berhijrah ke Wolfsburg sebelum mempamerka aksi memukau dalam mengawal bahagian tengah.

Pemain Belgium itu kemudian memilih City sebagai destinasinya sebelum menjadi hero buat pasukan berkenaan yang gagal ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sejak piala itu dipertandingkan.

Hasil usahanya mendapatkan jaringan itu, de Bruyne turut diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dalam perlawanan peringkat separuh akhir, City dijangka menentang Bayern Munich yang dikendalikan oleh Pep Guardiola.

Guardiola yang merupakan bekas jurulatih Barcelona bakal dilantik sebagai pengendali City pada musim depan.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain