PENGURUS Leicester City, Claudio Ranieri menegaskan bahawa dia tidak akan menerima tugas di Itali. Nama Ranieri disebut-sebut bagi menggantikan Antonio Conte yang bakal meninggalkan pasukan kebangsaan Itali tamat, namun pengendali Foxes yang dijangka menjulang trofi Liga Perdana musim ini menolak cadangan tersebut. Ternyata kekecewaan dipecat Azzurri selepas tewas kepada Faroe Islands sebelum ini masih terbuku dihatinya. "Pasukan kebangsaan Itali?" Ianya sudah tutup 'buku' dan saya sudah membakarnya di Greece," jelas bekas pengurus Juventus itu. Dalam pada itu Ranieri belum lagi yakin trofi liga menjadi milik pasukannya selagi baki lima perlawanan belum berakhir. "Kami masih lagi mempunyai perlawanan besar seperti bertemu Chelsea selepas ini. Bagaimanapun kami tetap yakin akan mengekalkan kedudukan teratas dengan kelebihan tujuh mata. Leicester kini mengutip 72 mata, diikuti Tottenham Hostspur 65, Arsenal 59 dan Manchester City 57 mata.