suria

Liga Europa: Gol Masa Kecederaan Villarreal Tewaskan Liverpool

Adrian Lopez (tengah) meraikan gol bersama rakan pasukan, Cedric Bakambu (kiri) pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium El Madrigal di Villarreal, Sepanyol pada awal pagi Jumaat. Foto AFP

VILLARREAL berjaya menewaskan Liverpool pada masa kecederaan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium El Madrigal Stadium di Villarreal, Sepanyol pada awal pagi Jumaat.

Gol tunggal itu hasil jaringan pemain Adrian Lopez.

Walaupun kedua-dua pasukan saling mencari peluang untuk meraih gol, namun babak pertama ditutup tanpa sebarang mata.

Bagaimanapun, gol Lopez mengakhiri perlawanan Villarreal sebagai tuan rumah. 

Lopez yang berada dekat pintu gawang begitu mudah menyambar kiriman bola daripada rakan pasukan, Denis Suarez.

Dengan kemenangan ini, Villarreal hanya perlu seri apabila bertandang ke kubu Liverpool dalam perlawanan separuh akhir kedua pada 5 Mei depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain