NICO Rosberg bakal memulakan perlumbaan di petak pertama pada aksi perlumbaan Grand Prix Formula Satu Rusia selepas menguasai pusingan kelayakan di Litar Sochi pada Sabtu malam.
Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1:35.417s meninggalkan 0.0706s pesaingnya dari pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, diikuti Vattteri Bottas (Williams), Kimi Raikkonen (Ferrari) dan kelima pelumba Felipe Massa (Williams).
Keputusan tersebut menyaksikan penguasaan kedua-dua pelumba dari pasukan Ferrari dan Williams, manakala rakan sepasukan Vettel, Lewis Hamilton menamatkan saingan di petak ke sepuluh selepas mengalami masalah teknikal yang menyebabkan dia terkeluar daripada kelayakan ketiga (Q3).
"Tiada apa yang boleh saya lakukan...saya tidak akan putus ada," jelas Hamilton mengenai masalah jenteranya itu.
Dalam pada itu, Vettel terpaksa menerima denda lima petak penalti gara-gara menukar kotak gear tanpa notis, sekaligus memaksanya bermula di petak ketujuh.
Senarai kedudukan pelumba bagi aksi akhir GP Rusia yang akan berlangsung pada pukul 8 malam (waktu tempatan), Ahad:
1. NICO ROSBERG - MERCEDES
2. SEBASTIAN VETTEL (denda ke petak ke-7) - FERRARI
3.VALTTERI BOTTAS- WILLIAMS
4.KIMI RÄIKKÖNEN - FERRARI
5. FELIPE MASSA WILLIAMS
6.DANIEL RICCIARDO - RED BULL RACING
7.SERGIO PEREZ - FORCE INDIA
8.DANIIL KVYAT - RED BULL RACING
9.MAX VERSTAPPEN - TORO ROSSO
10.LEWIS HAMILTON - MERCEDES
11. CARLOS SAINZ - TORO ROSSO
12.JENSON BUTTON - MCLAREN
13.NICO HULKENBERG - FORCE INDIA
14.FERNANDO ALONSO - MCLAREN
15.ROMAIN GROSJEAN - HAAS
16.1ESTEBAN GUTIERREZ - HAAS
17.0KEVIN MAGNUSSEN - RENAULT
18.0JOLYON PALMER - RENAULT
19.FELIPE NASR - SAUBER
20.PASCAL WEHRLEIN - MANOR
21.RIO HARYANTO - MANOR
22.MARCUS ERICSSON - SAUBER