suria

Ronaldo Kembali Berlatih

Cristiano Ronaldo.

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo kembali menjalani sesi latihan selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

Lebih menggembirakan peminat Real, beliau akan kembali beraksi menentang Manchester City pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Ronaldo direhatkan sejak 20 April lalu tetapi peluang untuk beraksi di Stadium Etihad pada pertembungan terpenting itu semakin cerah.

Pada aksi separuh akhir pertama, Real terikat seri tanpa jaringan dengan City di Santiago Bernabeu.

"Setiap aksi Liga Juara-Juara ibarat perlawanan pertama. Keutamaan kami adalah untuk menang. Kami tahu City pasti memberi tentangan sengit tetapi apa sahaja boleh berlaku," kata Ronaldo.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai rakan sepasukan dalam sesi latihan pada Ahad sebelum berlatih sendirian di atas padang.

"Manchester City berada di separuh akhir kerana mereka pasukan hebat. Menyingkirkan Paris St Germain bukan mudah tetapi mereka berjaya melakukannya," kata Ronaldo.

Ronaldo mengungguli senarai penjaring terbanyak pada kejohanan ini dengan 16 gol termasuk mencipta hatrik pada aksi suku akhir kedua ketika Real menundukkan Wolfsburg.


Real Madrid, Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Lain