suria

Spurs-Chelsea Sekadar Seri, Leicester Juara Liga Perdana Inggeris

Penyokong Leicester City meraikan kemenangan pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris. Foto Reuters

IMPIAN Leicester City untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris bakal direalisasikan apabila pencabar tunggalnya, Tottenham Spurs hanya terikat seri 2-2 dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Dua gol Chelsea menerusi aksi Gary Chahill pada minit ke-58 dan Eden Hazard (83').

Sementara itu, Spurs pula mencatatkan mata menerusi jaringan Harry Kane pada minit ke-35 dan Heung-Min Son (44').

Keputusan itu menggagalkan Spurs bergelar juara kerana hanya meraih 70 mata dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Leicester City pula mengungguli kedudukan teratas dengan 77 mata.

Kejuaraan Leicester City sekali gus mencatat sejarah selepas pasukan itu merangkul gelaran di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.


Leicester City

Artikel Berikut

Artikel Lain