LIVERPOOL berjaya melayakkan diri ke final Liga Europa selepas menang 3-0 ke atas Villarreal dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Anfield, awal pagi Jumaat. Kemenangan Liverpool terhasil melalui gol bunuh diri pemain Villarreal, Bruno Soriano pada minit ke-7, Daniel Sturridge minit ke-63, dan Adam Lallana minit ke-81. Liverpool mara ke final dengan agregat 3-1. Dalam perlawanan final, Liverpool akan berdepan dengan Sevilla yang merupakan juara bertahan Liga Europa selama dua musim berturut-turut. Sevilla menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1, juga dalam perlawanan awal pagi Jumaat dan menang dengan agregat 5-3. Kejayaan Sevilla melangkah ke final tahun ini juga menyamai pencapaian Juventus pada 1998 iaitu mara ke babak final tiga kali berturut-turut dalam kejohanan liga anatara kelab Eropah. Tiga gol Sevilla pada perlawanan ini disumbangkan oleh Kevin Gameiro (minit ke-9 dan 47) dan Mariano Ferreira (59'). Aksi final akan berlangsung di Stadium St Jakob-Park, Basel, pada 18 Mei 2016.