suria

Djokovic Juara Terbuka Madrid

Djokovic berjaya mengatasi Murray pada final Terbuka Madrid.

NOVAK Djokovic berjaya menundukkan juara bertahan Andy Murray 6-2 3-6 6-3 pada aksi final Terbuka Madrid, awal pagi Isnin.

Murray tewas pada set pertama tetapi berjaya bangkit di set kedua.

Namun kelincahan Djokovic ternyata gagal dipatahkan Murray apabila pemain Serbia itu memenangi set penentuan.

"Saya melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan kali ini. Permainan nampak seimbang tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi saya," kata Murray.

Djokovic pula berada di kemuncak kariernya apabila mengatasi rekod Nadal yang memenangi 28 kejuaraan Masters.

Sementara itu, Murray mengakui kecewa dengan kekalahan ini selepas berusaha keras untuk mempertahankan kejuaraannya.

Bukan sahaja tewas dan gagal mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu, kedudukan Murray yang berada di rangking kedua dunia akan dipintas Roger Federer apabila kutipan mata baharu didedahkan pada Isnin.

Artikel Lain