suria

Pedro Sedia Bertemu Liverpool Gunakan Topeng

PEMAIN sayap Chelsea, Pedro sedia beraksi menentang Liverpool dengan menggunakan topeng perlidungan kerana mengalami kecederaan patah hidung.

Pemain yang masih mengalami kecederaan itu kembali menjalani latihan di Cobham pada Selasa.

Ketua Jurulatih Chelsea, Guus Hiddink berkata, Pedro tidak dikeluarkan, tetapi dia patah hidung ketika berada di rumah.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Hanya kemalangan kecil di rumah," katanya.

Hiddink sempat melawak dengan berkata, isteri Pedro tidak berada di rumah ketika kejadian.



Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain