PENGURUS Sepanyol mengumumkan senarai pemilihan pemain menjelang Euro 2016 yang bakal membuka tirainya Jun ini. Vicente del Bosque membuka buku baharu apabila tidak menyenaraikan beberapa nama bintang bagi memberi peluang kepada barisan pemain muda. Antara nama yang tidak kelihatan dalam senarai 25 pemain ini termasuk penyerang Chelsea Diego Costa, Juan Mata (Manchester United) dan Fernando Torres (Atletico Madrid). Manakala Santi Cazorla (Arsenal) turut tidak disenarai berikutan kecederaan berterusan yang dialaminya sepanjang musim ini diikuti Adrian Bellerin, Javi Martinez, Sergio Roberto, Gabi, Jesus Navas dan Costa Alcater. Manakala beberapa pemain Liga Perdana Inggeris yang dipanggil untuk sesi latihan ini termasuk Cesc Fabregas, Pedro, Cesar Azpilicueta, David Silva dan penjaga gol United, David Gea. Juara bertahan 2012 ini diundi berada dalam Kumpulan D bersama Republik Czech, Turki dan Croatia. Skuad Del Bosque dijangka akan mengadakan sesi pemanas badan dengan perlawanan persahabatan bertemu Bosnia, Korea Selatan dan Georgia sebelum terbang ke Perancis. Senarai awal skuad Sepanyol: Penjaga gol: Iker Casillas (Porto), David De Gea (Manchester United), Sergio Rico (Sevilla) Pemain pertahanan: Jordi Alba, Gerard Pique, Marc Bartra (all Barcelona), Sergio Ramos, Dani Carvajal (Real Madrid), Cesar Azpilicueta (Chelsea), Juanfran (Atletico Madrid) Pemain tengah: Sergio Busquets, Andres Iniesta (both Barcelona), David Silva (Manchester City), Mikel San Jose (Athletic Bilbao), Koke, Saul Niguez (both Atletico Madrid), Cesc Fabregas (Chelsea), Thiago Alcantara (Bayern Munich), Isco (Real Madrid), Bruno Soriano (Villarreal) Penyerang: Pedro Rodriguez (Chelsea), Alvaro Morata (Juventus), Aritz Aduriz (Athletic Bilbao), Nolito (Celta Vigo), Lucas Vazquez (Real Madrid)