suria

Penampilan Awal Mourinho Bersama United Mungkin Di Mahkamah

Mourinho (kanan) memarahi doktor Carneiro kerana merawat Hazard.

TINDAKAN undang-undang yang dibuat Eva Carneiro terhadap Jose Mourinho akan diteruskan pada 6 Jun ini.

Jika ia diteruskan dalam tempoh terdekat ini, Mourinho kemungkinan akan memulakan bulan pertama bersama Manchester United di mahkamah.

Bekas pengurus Chelsea ini dilantik sebagai pengendali baharu United menggantikan Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin.

Dijangka maklumat memalukan ketika Carneiro meninggalkan kelab Chelsea dijangka tersebar berkaitan dengan pesanan khidmat ringkas dan email yang diterima dan dihantar oleh Mourinho akan dijadikan bahan bukti.

Mourinho kemungkinan akan dipanggil sebagai saksi di Tribunal Pekerjaan di Croydon dan Carneiro masih mahu pengurus berusia 53 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kontroversi Carneiro dan Mourinho bermula apabila pengendali Portugis itu memanggil doktor berusia 43 tahun ini sebagai 'impulsif dan lurus' selepas dia dan pakar fisio Chelsea, Jon Fearn terus ke padang memberi rawatan kepada Eden Hazard yang tercedera ketika aksi pembukaan Liga Perdana menentang Swansea City tahun lalu.

Fearn (kiri) dan Carneiro memberi rawatan kepada Hazard ketika aksi seri 2-2 menentang Swansea City tahun lalu.


Tindakan Eva itu menyebabkan skuadnya kekurangan pemain untuk mengejar menambah gol.

Ternyata Mourinho begitu marah dengan pasukan perubatan tersebut sehingga mengeluarkan larangan agar tidak bersama skuadnya.

Selepas itu, peguam Carneiro menyerahkan notis kepada kelab  itu berhasrat mendapatkan pampasan berhubung pemberhentian tugasnya.

Carneiro turut mendapat sokongan daripada badan perubatan profesional yang menyatakan beliau menjalankan tanggungjawabnya untuk merawat pemain yang mengalami kecederaan.

Carneiro turut memfailkan tuntutan saman individu terhadap Mourinho.

Eva Carneiro, Jose Mourinho

Artikel Lain