JAMIE Vardy sedia berhijrah ke kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah dengan nilai £20 juta pada jendela pemindahan awal musin ini. Penyerang Leicester itu sebelum ini mengakui untuk kekal di Stadium King Power, namun sedia berhijrah ke kelab lain jika menerima tawaran lebih baik. Vardy yang menjaringkan 24 gol untuk skuadnya dilapor diintip oleh Manchester City yang akan mendapat sentuhan Pep Guardiola pada musim depan. Pemain berusia 29 tahun itu menjadi tulang belakang kepada kejayaan Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris dan boleh menebus kontraknya untuk berhijrah. Dia menyertai Leicester degan nilai pemindahan sebanyak £1 juta dari Fleetwood.